Terkini

Dekati Dan Dengari: Amalan Pemimpin Yang Mudah Dan Berkesan Mempengaruhi Organisasi. Suatu Pengalaman Seorang Pengetua Yang Dibimbing Oleh SIP+ Dan Kini Dilantik Menjadi SIP+

Oleh,

 Tn Hj Ahmad Nasarudin Bin Tulus, Pegawai SIP+,

Pejabat Pendidikan Daerah Muar

 

 

Pengenalan. 

Sesebuah   sekolah yang   cemerlang  mempunyai korelasi yang kuat dengan kepimpinan pengetua sekolah berkenaan. Penarafan status sesebuah sekolah yang berbeza-beza mengikut standard PADU menjadikan keupayaan dan kemampuan sebenar seseorang pengetua untuk mengemudi sesebuah sekolah terutama yang berada pada band yang lebih besar. Seseorang pengetua baharu yang pertama kali memimpin sesebuah sekolah, pastinya mengimpikan sebuah sekolah yang berpotensi tinggi untuk dipimpin tanpa sebarang masalah. 

Read more ...

Melengkah Ke Hadapan: Fokus & Gerak Kerja KPPM 2018

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), DATUK DR AMIN BIN SENIN telah mengemukakan gagasan Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM kepada warga pendidikan sebagai panduan dalam menterjemah budaya kerja yang berupaya merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 merupakan tumpuan khusus KPPM dalam meneruskan amanah yang diberi untuk meletakkan pendidikan negara sebaris dengan negara-negara yang mempunyai sistem terbaik di dunia.

Read more ...

Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Tahun 2018

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) buat pertama kalinya dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, KPM menganjurkan Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) peringkat Negeri Johor bagi tahun 2018. Program ini diadakan bagi tujuan pemilihan amalan terbaik sekolah-sekolah TS25, untuk diketengahkan bagi mewakili negeri Johor dalam Konvensyen Kebangsaan Kali Ke-2 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Tahun 2018 dengan tema Transformasi Sekolah 2025 Memacu Kemenjadian Murid. 

Read more ...

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PENGENALAN

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaann. | SILK KLIK UNTUK AKSES PKPA 4/2018 -myPortfolio | Template myPortfolio

Read more ...
  • Home
Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com