Terkini
Bahan Penulisan 2 :
Berikut adalah dikongsikan bahan penulisan bil. 2 daripada peserta Bengkel Penulisan Projek dan Program Berasaskan Sekoalh TS25, yang telah dikelolakan oleh Rakan ELIT (SIPartners+) Negeri Johor.
oleh; Rahmat Bin Baharudin
Berikut adalah dikongsikan bahan penulisan daripada peserta Bengkel Penulisan Projek dan Program Berasaskan Sekoalh TS25, yang telah dikelolakan oleh Rakan ELIT (SIPartners+) Negeri Johor.

Mulai 20 hingga 23 Julai 2020, sepasukan tujuh penyelidik dari BPG, IAB dan IPG telah berkampung di PPD Kulai bagi tujuan melaksanakan Kajian Rintis Amalan Terbaik Program TS25 Kohort 2. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di sekolah TS25 Kohort 2 iaitu SMK Taman Puteri, yang menunjukkan impak hasil daripada pelaksanaan Program TS25. Ini bagi membuktikan pencapaian matlamat utama Program TS25 iaitu memantapkan kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid, serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa dan komuniti dapat dilaksanakan bagi melahirkan kemenjadian murid yang holistik dan meningkatkan sekolah kualiti.
Read more ...

Pendekatan coaching bagi tujuan membangunkan sumber manusia dan seterusnya memacu transformasi pendidikan di sekolah semakin diberi perhatian selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kepimpinan di sekolah. Perjawatan SIPartners+ yang diwujudkan dalam PPPM khususnya dalam inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) diberi peranan membimbing dengan menjadikan coaching sebagai pendekatan untuk mengupayakan kepimpinan di sekolah. Sehubungan itu, pembentangan ini akan membincangkan tentang bagaimana SIPartners+ di PPD Kulai mengoptimumkan instruksional dan e-Coaching berasaskan aplikasi Google Classroom dan Aplikasi Digital (Go-CLAD) dalam melaksanakan intervensi Kepimpinan Sekolah Berimpak Tinggi (HILL – High Impact School Leaders). Pendekatan ini diharapkan berupaya meningkatkan kompetensi kepimpinan di sekolah menerusi peningkatan intensiti, kecekapan dan keberkesanan SIPartners+ dalam memberi bimbingan kepada kepimpinan di sekolah. Pembentangan ini turut mencadangkan beberapa penambahbaikan hasil daripada dapatan dan pemerhatian yang dibuat. BACAAN LANJUT.