• Home
  • DTP
  • Soalan-soalan Lazim Mengenai Peranan SIPartners+ dan SISC+ (DTP3.0)

Soalan-soalan Lazim Mengenai Peranan SIPartners+ dan SISC+ (DTP3.0)

Berikut adalah 18 soalan-soalan yang lazim ditanyakan berkaitan peranan SIPartners+ dan SISC+ sebagaimana yang dipetik daripada Buku Panduan Program Transformasi Daerah 3.0

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Apakah tindakan PPD jika SIPartners+ atau SISC+ sakit berpanjangan dan tiada harapan sembuh?

Tertakluk kepada tatacara pengurusan cuti sedia ada

2

Apakah tindakan PPD jika SIPartners+ atau SISC+ sakit berpanjangan dan ada harapan sembuh tetapi tidak dapat menjalankan tugas?

SIPartners+ atau SISC+ boleh mengemukakan permohonan melepaskan jawatan kepada BPSM melalui BPSH. Kelulusan tertakluk kepada KPPM.

3

Bolehkah SIPartners+ dan SISC+ memohon cuti tanpa gaji?

Tertakluk kepada tatacara pengurusan cuti sedia ada.

4

Apakah kriteria pelepasan jawatan SIPartners+ atau SISC+?

Bergantung kepada kelulusan KPPM atas sebab-sebab berikut:

 

a)    sakit kronik/ kritikal dengan laporan perubatan hospital kerajaan,

b)    diberi kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi (bukan TBBK),

c)    sedang dalam prosding tindakan tatatertib.

5

Adakah Kementerian akan mengeluarkan surat pelantikan ke jawatan SIPartners+ atau SISC+?

Surat arahan penempatan ke PPD merupakan punca kuasa lantikan.

6

Siapakah yang boleh dirujuk berkaitan urusan SIPartners+ dan SISC+ ?

Boleh dirujuk kepada Pegawai Petugas yang menguruskan SIPartners+ dan SISC+

berdasarkan lantikan oleh pengurus program di peringkat JPN/ PPD/ KPM.

7

Bolehkah SIPartners+ atau SISC+ melepaskan jawatan selepas mendapat kenaikan pangkat dalam jawatan yang sama?

Tidak boleh.

8

Bolehkah SIPartners+ membimbing guru penolong kanan (GPK) sebagai barisan kedua kepimpinan sekolah?

SIPartners+ boleh membimbing GPK dengan syarat bersama-sama PGB

9

Adakah SIPartners+ perlu sentiasa membuat bimbingan ke sekolah bersama-sama SISC+?

SIPartners+ tidak perlu sentiasa membuat bimbingan bersama-sama SISC+ di sekolah yang sama. Begitu juga sebaliknya.

10

Apakah status bimbingan SIPartners+ atau SISC+ sekiranya PGB / GDB bertukar sekolah dalam daerah?

SIPartners+ atau SISC+ kekal sebagai pembimbing PGB / GDB tersebut, sekiranya sekolah baharu juga merupakan sekolah berprestasi rendah.

11

Bolehkah PGB / GDB memohon untuk bercuti daripada bimbingan kerana masalah kesihatan?

PGB / GDB boleh memohon secara bertulis kepada Pegawai Pendidikan Daerah.

12

Apakah proses bimbingan SIPartners+ dalam menggalakkan pelaksanaan program Kementerian atau JPN seperti Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21?

SIPartners+ membimbing pemimpin sekolah berkaitan pelaksanaan PLC dan PdP abad ke-21 di sekolah. Pemimpin sekolah pula akan menjadi pembimbing utama dalam penataran kepada guru-guru di sekolah masing-masing.

13

Bolehkah PGB / GDB meminta borang Pelaporan Bimbingan Harian SIPartners+ atau SISC+ untuk simpanan?

PGB / GDB tidak boleh meminta borang Pelaporan Bimbingan Harian SIPartners+ atau SISC+ untuk simpanan.

14

Bolehkah SIPartners+ atau SISC+ melaksana bimbingan secara “pair coaching” atau “team coaching”?

SIPartners+ atau SISC+ boleh melaksana bimbingan secara “pair coaching” atau “team coaching” di peringkat daerah. Aktiviti ini boleh diambilkira sebagai kekerapan bimbingan sekiranya melibatkan PGB / GDB

15

Bolehkah SIPartners+ atau SISC+ melaksana bimbingan secara “pair coaching” atau “team coaching” di peringkat negeri atau kebangsaan?

SIPartners+ atau SISC+ boleh melaksana bimbingan secara “pair coaching” atau “team coaching” di peringkat negeri atau kebangsaan. Aktiviti ini boleh diambil kira sebagai kekerapan bimbingan sekiranya melibatkan PGB / GDB.

16

Bolehkah PGB / GDB memohon untuk dikecualikan daripada dibimbing SIPartners+ dan SISC+?

PGB / GDB tidak boleh dikecualikan daripada bimbingan kerana pemilihan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan

17

Bolehkah PGB / GDB memohon penangguhan bimbingan dalam tempoh tertentu?

PGB / GDB boleh memohon secara bertulis kepada Pegawai Pendidikan Daerah

18

Bolehkah SIPartners+ atau SISC+ terlibat dalam pentadbiran PPD?

 

SIPartners+ atau SISC+ tidak boleh terlibat dalam pentadbiran PPD kerana mereka merupakan kumpulan pakar.

 

19

Bolehkah SIPartners+ atau SISC+ menjadi ahli dialog prestasi PPD atau JPN?

Wakil SIPartners+ atau SISC+ adalah ahli kepada DP Peringkat Daerah. SIPartners+ atau

SISC+ lain boleh hadir bersama-sama sekiranya dijemput

 

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com