• Home
  • PENULISAN
  • Sumber Manusia
  • PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PENGENALAN

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PENGENALAN

 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaann. | SILK KLIK UNTUK AKSES PKPA 4/2018 -myPortfolio | Template myPortfolio

Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

Bagi memantapkan pelaksanaan panduan kerja, maka PKPA ini dihasilkan dengan memberikan fokus kepada elemen utama berikut:

1) Konsep myPortfolio; dan

2) Pemantapan myPortfolio.

Konsep myPortfolio

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:

  1. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  3. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Pemantapan myPortfolio

Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1- Komponen myPortfolio

 

PERANAN AGENSI KERAJAAN 

1) Menetapkan Bahagian yang bertanggungjawab untuk menyediakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan PKPA Bil.4/2018 di peringkat agensi. 

  • Bertanggungjawab memastikan setiap jawatan untuk mempunyai myPortfolio yang terkini.
  • Melaksanakan pemantauan terhadap penyediaan dan pelaksanaan tugas berpandukan myPortfolio. Eg: mengadakan latihan dan audit secara dalaman.
  • Memastikan myPortfolio dikemas kini apabila berlaku sebarang perubahan.
  • Memastikan penjawat awam bertukar/tamat perkhidmatan hendaklah menyerahkan myPortfolio kepada Ketua Agensi/Pegawai Penilai Pertama/Pengarah (berdasarkan chain of command) melalui penyelaras myPortfolio.

2) Menetapkan pegawai perhubungan agensi bagi tujuan komunikasi dengan pihak MAMPU.

3) Memastikan setiap warga agensi menyiapkan myPortfolio selewat-lewatnya pada 30 November 2018.

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com