6 Tindakan Dalam Memberi Makna Kepada Data Pengoperasian SKPMg2 di Sekolah.

Berdasarkan proses bimbingan yang saya laksanakan di sekolah berkaitan pengoperasian data SKPMg2, boleh dirumuskan bahawa data SKPMg2, masih belum menjadi rujukan kepimpinan pengetua dan guru besar dalam merancang dan melaksanakan proses penambahbaikan sekolah. Pengetua  dan Guru Besar dilihat masih tidak yakin terhadap kemampuan data SKPMg2 sebagai big data yang berupaya memberikan maklum balas yang penting berkaitan status pengurusan sekolah. Data SKPMg2 seringkali tidak dilihat, di analisis dan dinterpretasikan bagi mengenal pasti  jurang penambahbaikan yang perlu difokuskan. Tahap kompetensi Pasukan Pelaksana Standard yang kurang kompeten menyebabkan data SKPMg2 juga mempunyai tahap kepatuhan atau ketepatan yang meragukan. Keadaan ini ditambah pula dengan kurangnya pemerhatian dan pemeriksaan daripada pihak PPD, JPN mahupun JNS sendiri terhadap pengurusan, tindak ikut serta tindak susul terhadap pengoperasian SKPMg2 yang dilakukan pihak sekolah. Akhirnya  data  tinggal data, sistem yang terbaik seperti dalam penarafan sekolah seperti SKPMg2 ini tidak dimanfatkan secara optimum, bahkan dianggap oleh segelintir kepimpinan sekolah sebagai antara penambah beban tugas guru di  sekolah.

Isu  ini hanya boleh ditangani dengan mengubah cara kita berfikir, bertindak dan berkerja dengan menjadikan data SKPMg2 sebagai real data dalam pelaksanaan intervensi yang berfokus, menjurus kepada menangani punca isu atau masalah yang  berlaku di sekolah. Kepimpinan pendidikan sama ada di KPM, JPN, PPD mahu pun di  sekoalah berlu memanfatkan SKPMg2 dengan sebaik-baiknya mengikut kapasiti fungsi dan peranan masing-masing, supaya data SKPMg2 tersebut dapat memberikan maklum balas yang tepat dalam mengenai status sekolah dan berupaya mengenal pasti  jurang, yang seterusnya memberi makna dan menjadikan penarafan SKPMg2 yang dilakukan oleh pihak sekolah pada tahap yang  kualiti. Menerusi cara ini sahajalah, SKPMg2 dapat memberi makna dan  gambaran yang sebenar mengenai standard kualiti sekolah, dan memastikan intervensi yang dilaksanakan memberikan hasil yang positif. Berikut adalah enam aspek yang perlu diberi perhatian kepada kepimpinan pendidikan untuk dijadikan sebagai panduan terutama kepada pengetua dan guru besar dalam memberi makna kepada pengoperasian SKPMg2 di sekolah.

1) Pasukan Pelaksana Standard (PPS) yang kompeten.

Kepimpinan di sekolah perlu memastikan kompetensi Pasukan Pelaksana Standard (PPS) berada pada tahap kecekapan dan profesionalisme yang tinggi. Ini bermaksud guru-guru yang melaksanakan penarafan bagi setiap standard mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan mempunyai nilai profesional yang tinggi agar penarafan yang dilakukan mempunyai tahap kepatuhan yang tinggi, iaitu skor penarafan dari PPS mempunyai jurang yang kecil berbanding skor dari perspektif Jemaah Nazir Sekolah - kurang 5%. 

2) Kemahiran menganalisis & menginterpretasi data.

Memiliki PPS yang kompeten tidak memadai sekiranya data dikumpulkan tidak dapat dianalisis dan diinterpretasikan dengan tepat. Oleh itu kepimpinan di sekolah perlu menguapayakan PPS agar mempunyai kemahiran dalam menganisis dan menginterpretasi data. Hal ini demikian kerana data SKPMg2 tersebut boleh memberikan input dan maklumat pentung secara menyeluruh berkaitan pelbagai aspek pengurusan sekolah. Data yang ada perlu dianalisis bagi menganal pasti jurang dan titik lemah serta memberi input yang tepat kepada kepimpinan sekolah. Tringulasi data merentasi standard dan integrasi dengan data-data lain berkaiatn kepimpinan, kualiti guru dan kemenjadian murid, menjadikan interpretasi data mempunyai ketapatan yang tinggi.  

3) Mengenal pasti punca. 

Jurang terbesar dan titik lemah yang dikenal pasti daripada analisis data yang dilakukan, perlu dikuti pula dengan proses menganalisis punca agar tindakan penambahbaikan dapat dibuat adalah berasaskan punca masalah. Tujuannya adalah bagi memastikan impak daripada pelaksanakaan sesuatu intervensi dapat dimaksimumkan keberhasilannya. Oleh itu pada peringkat ini pihak sekolah sewajarnya berupaya mengenal pasti punca, menentukan kumpulan sasarn dan menyediakan pelan tindakan dalam bentuk intervansi atau aktiviti penambahabiakn sekolah.

4) Menggunakan pendekatan proses. 

Semua perancangan yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan proses berasaskan pendekatan 6P iaitu Perancangan, Pelaksanaaan, Pemantauan, Penilaian, Penambahbaikan dan Pendokumentasian. Pendekatan lain seperti pendekatan Plan, Do Check & Act (P-D-C-A), A3 Report, DMAIC, 8D dan sebagainya juga boleh digunakan, terpulang kepada sekolah mengikut kepakaran dan pendedahan yang diterima. Walau bagaimanapun tidak dinafikan bahawa pendekatan 6P atau PDCA adalah antara pendekatan yang lebih mudah untuk difahami dan dimplementasikan. Menggunakan pendekatan proses dalam pelaksanaan program atau intervensi penambahbaikan sekolah adalah syarat penting dalam memastikan program atau aktiviti yang dilaksanakan memeberikan hasil yang postif.

Perbandingan antara PDCA, DMAIC, A3 Report dan 8D/PSP

 

5) Mengamalkan Empat Fungsi Pengurusan.

Kepimpian di sekolah perlu memastikan empat fungsi diamalkan dengan baik. Prinsip-prinsip pengurusan telah dikategorikan kepada empat fungsi utama perancangan, penganjuran, memimpin, dan mengawal dikenali sebagai rangka kerja P-O-L-C (Planning, Organizing, Leading & Controlling). 

Planning / Perancangan

-          Mendifinisiakan hala tuju (visi dan misi)

-          Menetapkan matlamat & objektif

-          Penjana strategi

-          Pelan Tindakan untuk mencapai objektif

Organizing / Pengelolaan/ Pengurusan

-          Formulasi struktur / organisasi

-          Peruntukkan sumber

-          Rekabentuk tugas

Leading / menerajui

-          Kepimpinan & Peneraju

-          Motivasi, pembimbing dan pendorong

-          Ko-ordinasi dan Komunikasi

Controlling / Pengawalan

-          Proses & Standard

-          Semakan dan penilaan

-          Tindakan penambahbaikan

Kerangka POLC

6) Memanfatkan teknologi.

Salah satu elemen penting yang perlu juga diberi perhatian dalam memastikan pengurusan data SKPMg2 yang baik ialah keupayaan kepimpinan sekolah dalam menggunakan teknologi ICT dalam menyokong dan memudahkan tugas. Kemahiran digital berasaskan teknologi ICT ini, berupaya memudahkan pengurusan sekolah, sama ada pada fasa perancnagan, prlaksanaan pemantauan mahu pun pada peringkat penilaian. Teknologi dan kemahiran dalam ICT berupaya meningkatkan kualiti pengurusan yang impaknya dapat dilihat dari segi peningkatan kecakapan pengurusan, ketepatan dalam membuat keputusan dan interpretasi data, kepantasan dalam bertindak dan tak kurang pentingnya juga keseonokan dalam melaksanakan tugas walau pun sesuatu tugas dilihat sangat mencabar.

Semoga penulisan ini sedikit sebanyak memberi idea kepada kepimpinan di  sekolah bagaimana data SKPMg2 dapat  digunakan sebagai data yang bermakna dalam melaksanakan program penambahbaikan sekolah. Semua enam perkara yang dinyatakan ini bukanlah perkara baharu, malah merupakan perkara biasa bagi kepimpinan di sekolah. Namun bagaiamana ia dibudayakan dalam pengurusan SKPMg2 mungkin masih belum berlaku. 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com