Bengkel Kerja J-Profil Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Johor

Sebahagian SIPartners+ Johor sedang memberi tumpuan terhadap penyediaan Kerangka J-Profiling

Bengkel Kerja Penyediaan "J-Profiling" bagi pembangunan kompetensi PGB telah diadakan oleh SIPartners+ Johor pada 17 Januari 2018 bertempat di SMK Bukit Pasir, Jalan Jorak, Kampung Jalan Raja, 84300 Muar, Johor. Program mendapat sokongan Jabatan pendidikan Johor di bawah seliaan Sektor Jaminan Kualiti (SJQ).

Bengkel ini adalah bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh Pengarah pendidikan Johor, untuk melihat peranan SIPartners+ melampaui jangkaan pemegang taruh bagi menyokong inisitif pendidikan Johor dalam mentransformasi pendidikan ke arah merealisasikan hasrat "Sekolah Unggul & Jauhar Ulung".

Bengkel kerja sehari ini telah dihadiri oleh semua 26 SIPartners+ Johor berakhir dangan penghasilan kerangka J-Profil PGB yang diharapkan dapat memberi manfaat terhadap pembangunan personal dan organisasi dalam kalangan PGB dan pemimpin pertengahan pendidikan sekolah-sekolah di negeri Johor.

Gambar dan Maklumat Lanjut

Print Email

Peranan Rakan Peningkatan Sekolah Dalam Membina Pemimpin Sekolah Berinovasi

Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartners+) Johor amat bertuah menerima input yang amat berharga daripada En. Mohd Said bin Daimon, Pegawai PPD Daerah Batu Pahat yang juga mantan SIPartners+ Johor. Sesi Bual Bicara Profesional telah diadakan pada 18 September 2017 bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat yang dihadiri oleh SIPartners+ Johor. Turut diraikan pada majlis berkenaan ialah rakan-rakan SIPartners+ yang telah dan akan bersara pada tahun 2017 iaitu EN. TOH CHENG HWA, Pn. HJH. RUKIAH BINTI AL HAJI ABDUL RAZAK, PN. HJH. KAMSIAH BINTI ABDUL WAHAB dan terkini PN. HJH. FOUZIAH BINTI ABU HAMID. 

Continue Reading

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com