Pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Baharu

 

1.  Kementerian Pendidikan  Malaysia (KPM) lngin memaklumkan  YBhg. Datuk Dr. Amin Senin   telah  dilanlik   sebagal   Ketua   Pengarah   Pelajaran   Malaysia   yang   ke-16 berkuatkuasa  pada  19  Oktober  2017  bagi menggantlkan  YBhg. Tan  Sri  Dr.  Khair Mohamad Yusof yang telah bersara. 

2.  Merupakan anak kelahiran Negerl Sabah NegerlDiBawah Bayu, YBhg.Datuk Dr. Amin Senin adalah pemegang ljaz.ah Sarjana Muda Sains & Pendidikan dari Universili Sains Malaysia  (1983). Setelah memperolehi segulung Ijazah, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin telah memulakan kerjaya beliau sebagaiseorang guru dengan gred DG41 pada 1 Ogos 1984 di SMK Tenghilan, Tamparull Sabah. 

3.  Pada  1987, beliau kemudiannya  melanjulkan  pelajaran  dalam  ljazah  Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)  dari Universiti Putra Malaysia.  Setelah lima  tahun berkecmipung dalam kerjaya  sebagai seorang pendidik, beliau  telah dilantik  sebagai pengetua di SMK Taun Gusi, Kota Belud Sabah pada 1989. 

4.  Mulai tempoh tersebut, beliau  terus diberikan kepercayaan kementerian untuk menjadi pengetua dan berada di peringkat pengurusan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan seterusnya di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Sehingga pada 2004 YBhg. Datuk Dr. Amin Senin  Ielah  mengambil  keputusan  untuk  melanjutkan  pelajaran  beliau  dalam bidang Doktor Falsafah (Pengurusan Pendidikan) dari Universiti Malaysia Sabah. 

5.  Kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin semakin dipercayai apabila beilau dilantik sebagai Timbalan  Pengarah lnslitut  Aminuddin Baki pada  2006, Timbalan Pengarah Bahagian  Pengurusan  Sekolah  Harian  pada  2009,  Timbalan  Pengarah  Bahagian Pembangunan Kurikulum pada 2009, Timbalan Rektor lnstitut Pendidikan Guru Malaysia pada 2009 dan sebagal Pengarah lnstlitut Aminuddin Baki pada 2011. 

6.  Kerjaya  beliau semakin  di puncak  apabila pada  tahun  2012, YBhg. Datuk  Dr. Amin Senin telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar) dan kemudiannya dilantik sebagal Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) pada 2015.

 

Sumber:

Kenyataan Media Pelantlkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Baharu. No. Rujukan: KPM.100-2/1/1 JLD (         )

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com