Pelantikan Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Ybhg. TUAN HAJI AMINUDIN BIN ADAM, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) yang baharu, menggantikan YBhg. Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab yang bersara. 

Warga SIPartners+ Johor mengucapkan tahniah kepada Ybhg. Haji Aminudin yang juga adalah mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor . Semoga KPM akan terus cemerlang. 

Berikut sedikit maklumat profil Ybhg. Tuan Haji Aminudin Adam; 

Tarikh Lahir : 10/11/1958 

Tempat Lahir : Segamat, Johor 

Pendidikan : 

  1. Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) – UPM (1981)
  2. Master of Agricultural Studies (University Of Queensland, Australia) (1997)
  3. Diploma Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan (IAB) (2002)
  4. Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan, NPQH (IAB) (2002)
  5. Certificate of Professional Development (Educational Strategic Planning and Management) The Sukhothai Thammathirat Open University, Thailand (2006)

 

Pengalaman Perkhidmatan : 

  1. Guru, SMK Tanjong Datuk, Pengerang, Johor (10.6.1981 – 31.12.1984)
  2. Guru, SM Teknik Johor Bahru (1.1.1985 – 31.12.1986)
  3. Pensyarah, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1.1.1987 – Julai 2001)
  4. Penolong Kanan (HEM) SMK Taman Tun Aminah, Johor Bahru (Julai 2001 – 15.1. 2002)
  5. Penolong Kanan 1, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (16.1. 2002 – 15.3. 2003)
  6. Pengetua, SMK Taman Pasir Putih, Johor Bahru (16.3.2003 – 15.10.2004)
  7. Pengetua, SMK Taman Pelangi, Johor Bahru (16.10.2004 – 15.1.2005)
  8. Pengetua, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Mersing (SM Sains Sultan Iskandar, Mersing) (16.1.2005 – 30 April 2006)
  9. Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, Johor (1 Mei 2006 – 30 Jun 2007)
  10. Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (1 Julai 2007 - 2 April 2011)
  11. Timbalan Pengarah (Murid), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (3 April 2011 – 31 Ogos 2012)
  12. Timbalan Pengarah (Sekolah), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (1 September 2012 – 18 Ogos 2014)
  13. Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (19 Ogos 2014 - 10 April 2016)
  14. Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia (11 April 2016 – 4 Disember 2016)
  15. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (5 Disember 2016 sehinggakini.)

Kurniaan : 

  • Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M.) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, 2015

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com