Sembang Profesional Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Bersama Pasukan SIPartners+ Johor

 

Pada 15 November 2017, En. Azman bin Adnan selaku Timbalan Pengarah Pendidikan Johor berkesempatan untuk meluangkan masa dalam sesi sembang profesional bersama Pasukan SIPartners+ Johor yang telah diadakan sempena Bengkel Kerja Refleksi Sipartner+ Negeri Johor yang telaha diadakan pada 14-16 November 2017 bertempat di Hotel Sri Costa, Melaka. Berikut adalah catatan dari sesi tersebut. 

PENDAHULUAN 

1) Ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan bakti yang dicurahkan oleh SIPartners+ Johor untuk membantu sekolah meningkatkan prestasi mereka. 

2) Tahniah dan terima kasih di atas pelbagai pencapaian dan inovasi SIPartners+ Johor sepanjang 2017. Antara kejayaan yang telah dihasilkan oleh SIPartners+ Johor; 

  • Inovasi J-Prime yang telah disebarluaskan untuk digunakan diperingkat kebangsaan.
  • Penambahbaikan J-Prokips yang sebelum ini menggunakan SKPM 2010 diubahsuai menggunakan SKPMg2.
  • Kolaboratif bersama SIPartner+ negeri Serawak dan Melaka.
  • Penglibatan secara individu/ kumpulan dalam pembentangan kertas kerja/ kajian dalam seminar/ kolokium/ konvensyen peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa.

3) Ucapan terima kasih atas komitmen bagi menjayakan pelbagai dasar dan program kerajaan seperti program Immersion dan PRIme, Program TS25, Penataran SKPMg2, PAK21 Toolkit dll

REVISIT PERANAN PEGAWAI SIPartner+

4) Peranan dalam PPPM Glombang 1 (2013 – 2015): Merubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Oleh itu pegawai SIPartner+ bertanggungjawab untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada PGB bagi membolehkan mereka melaksanakan pengoperasian sekolah mereka dengan berkesan. Ringkasnya, pegawai SIPartner+ berperanan untuk membangun profesionalisme pemimpin sekolah dan seterusnya membolehkan PGB membagunkan sekolah mereka.

5) Kini peranan tersebut berubah - PPPM Glombang 2 (2016 – 2020): Memacu peningkatan sistem. Oleh itu, pegawai SIPartner+ berperanan membimbing PGB untuk mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem melalui perubahan yang berkesan. Dengan erti kata lain, bimbingan pegawai SIPartner+ melalui kaedah coaching mampu membangunkan pemimpin sekolah bagi memacu transformasi sekolah yang dipimpinnya.

6) Sesuatu Transformasi melibatkan satu perubahan yang signifikan bagi menghasilkan impak yang bersifat Big, Fast Result.  

IMPLIKASI

7) Implikasinya, peranan pegawai SIPartner+ semangkin mencabar. Pegawai SIPartner+ perlu mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang lebih luas dan mendalam untuk membimbing PGB memacu transformasi sekolah mereka. Oleh itu, pegawai SIPartner+ perlu meningkatkan pengetahuan dan kepakaran tanpa menunggu mana-mana pihak (inisiatif sendiri/ secara kolektif di peringkat PPD/ JPN). Antara alternatif: Menghadiri seminar/ kolokium/konferen/ Membuat pembacaan/ kajian/ pembentangan.

8) Di samping itu, pegawai SIPartner+ perlu sentiasa membuat refleksi terhadap keberkesanan amalan coaching yang dilaksanakan. Gunakan instrumen/ kayu ukur untuk menilainya. Dapatkan maklum balas daripada pelanggan/ coachee. Buat tindakan pembetulan/ pengubahsuaian/ penambahbaikan.

9) Pada setiap pertengahan tahun/ penghujung tahun pula, buat semakan dan analisis bagi menilai keberkesanan dan impak keseluruhan inisiatif SIPartner+ terhadap pembangunan kompetensi PGB dan keupayaan sekolah memacu transformasi. Berdasarkan analisis data tersebut, buat perancangan untuk tahun hadapan dengan mengambil kira usaha penambahbaikan. Lihat juga ruang dan peluang untuk inovasi/ intervensi baru. Buat pertimbangan wajar terhadap isu-isu yang berlaku di peringkat sekolah/ PPD/ JPN/ KPM

ISU-ISU KEPRIHATINAN

10) Pencapaian KBAT: Kenyataan Timbalan Menteri – Kelemahan guru punca sekolah hadapi KBAT; 113/ 282 (40.7%) berada pada tahap baik dan cemerlang, 169 (59.93 %) berada bawah tahap baik, Skor markah terendah: Aspek peranan pengetua membudayakan KBAT.

11) Pelaksanaan Profil Murid: Kefahaman SIPartner+? PGB? Guru? Murid? Ibubapa?

12) Memahami dan mampu menterjemah aspirasi KPPM yang baru.

13) Memahami dan membimbing PBS.

14) Always in the know dasar-dasar baru kerajaan : cth STEM, Sekolah Inspirasi, Sekolah TS25

HARAPAN JPN

15SIPartners+ menjadi Pakar rujuk Kepimpinan Sekolah dan role model kepada PGB dan guru di sekolah serta pegawai=pegawai lain di PPD.

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com