KEBERKESANAN AGENDA PERUBAHAN: SATU REFLEKSI TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

 (Artikel ini telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan MPSM Edisi 2017: ms 301-312)

Pengenalan

Kelangsungan hayat sesebuah organisasi pada masa kini sangat bergantung kepada keupayaan untuk berubah selaras dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya. Malah, kejayaan sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan keupayaannya mendepani perubahan melalui pelbagai strategi yang dilaksanakan agar mereka kekal kompetatif dan releven dengan situasi semasa. Namun demikian, tidak semua strategi perubahan yang digunakan membuahkan hasil yang diharapkan walaupun telah dirancang dan dilaksanakan berdasarkan teori atau model perubahan yang telah diutarakan oleh pelbagai sarjana.

Continue Reading

Print Email

Peranan Coaching dalam Revitalisasi Pendidikan Abad Ke-21 (Bahagian 2)

Shamsuddin bin Haron (Pegawai SIPartner+ PPD Kluang)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  

(Kertas kerja ini telah dibentangkan di Kenferensi Pendidikan Nasional di Kota Tinggi pada 2016)

 

Peranan baharu pemimpin sekolah 

Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinan pengurusannya. Pemimpin merupakan agen perubahan yang penting dalam menyatupadukan warganya untuk mencapai wawasan sesebuah organisasi. Kini, kelangsungan hayat dan keberkesanan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada pemimpinnya menangani cabaran baharu untuk berubah selari dengan kehendak masa dan persekitaran (JPNJ, 2009). Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan juga tidak dapat lari daripada desakan ini. Kecemerlangan organisasi sekolah banyak bergantung kepada amalan kepimpinan dan budaya kerja pemimpinnya dalam usaha untuk membangunkan profesionalisme guru-guru dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolahnya.

Continue Reading

Print Email

Travelog SIPartner+ : Bahagian 3

Pada Bahagian 2 Travelog SIPartner+, penulis menghuraikan lebih lanjut berkitan intervensi berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh pengetua, iaitu Projek "Fun Learning". Pada Bahagian 3 ini iaitu bahagian akhir, penulis akan mengkhususkan huraian berkaitan Projek PRIME, impak daripada pelaksanaan Projek Fun Learning & PRIME... 

 

PROJEK "PRIME"

Program Psikososial “Engagement” atau ringkasnya PRIME merupakan satu program sokongan yang dirancang dan dilaksanakan bagi membina kejelekitan dengan murid, ibu bapa dan komuniti dalam usaha ke arah meningkatkan kehadiran murid dan prestasi sekolah.  Oleh itu, program ini disasarkan kepada tiga kelompok tersebut dengan aktiviti yang berbeza untuk PRIME Murid, PRIME Ibu Bapa dan PRIME Komuniti.

Continue Reading

Print Email

Travelog SIPartner+ : Bahagian 2

Pada Bahagian 1 Travelog SIPartner+, penulis memberi tumpuan terhadap pengalaman pertama melaksanakan sesi bimbingan dengan Pengetua SMK Kota Seri Paloh, latar belakang sekolah dan isu-isu yang dihadapi oleh pengetua. Pada Bahagian 2 penulis akan menghuraikan lebih lanjut berkitan intervensi berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh pengetua, iaitu Projek "Fun Learning"...

 

PROJEK "FUN LEARNING"

Projek Fun Learning telah dilaksanakan di SMK Seri Kota Paloh mulai Jun 2014. Projek ini berasaskan kepada idea yang telah dilaksanakan di sekolah rendah iaitu dengan mengutamakan pendekatan berpusatkan murid. Projek ini dilaksanakan berasaskan kepada masalah kehadiran murid yang dihadapi oleh sekolah ini. Oleh itu, matlamat projek ini adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid yang masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.  Secara tidak langsung, projek ini juga diharapkan berupaya untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru hasil daripada kreativiti dan inovasi mereka menerapkan elemen fun dalam melaksanaan proses PdPc. 

Fokus Projek Fun Learning ini adalah murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Projek ini juga amat penting bagi meningkatkan imej SMK Seri Kota Paloh, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hal ini kerana  sekolah ini berada pada band dan ranking paling bawah dalam negeri Johor. Tambahan pula, isu ini juga berkait rapat dengan faktor kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah. 

Continue Reading

Print Email

Travelog SIPartner+: Bahagian 1

PERTEMUAN PERTAMA

Alhamdulillah. Aku amat bersyukur ditakdirkan untuk bertemu dengan Pengetua SMK Seri Kota Paloh, Kluang. Riak wajahnya yang riang dan senyumannya yang sentiasa terukir ketika menyambut kehadiranku membuatkan aku berasa selesa bersamanya.

“Diam tak diam, dah dua minggu tuan haji di sekolah ini ” aku mulakan bicara.

Continue Reading

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com