• Home
  • PENULISAN
  • PPD Kulai
  • MEMBANGUNKAN HILL (HIGH IMPACT SCHOOL LEADERS) MELALUI E-COACHING BERASASKAN PENDEKATAN GO-CLAD (GOOGLE CLASSROOM DAN APLIKASI DIGITAL)

MEMBANGUNKAN HILL (HIGH IMPACT SCHOOL LEADERS) MELALUI E-COACHING BERASASKAN PENDEKATAN GO-CLAD (GOOGLE CLASSROOM DAN APLIKASI DIGITAL)

Pendekatan coaching bagi tujuan membangunkan sumber manusia dan seterusnya memacu transformasi pendidikan di sekolah semakin diberi perhatian selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kepimpinan di sekolah. Perjawatan SIPartners+ yang diwujudkan dalam PPPM khususnya dalam inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) diberi peranan membimbing dengan menjadikan coaching sebagai pendekatan untuk mengupayakan kepimpinan di sekolah. Sehubungan itu, pembentangan ini akan membincangkan tentang bagaimana SIPartners+ di PPD Kulai mengoptimumkan instruksional dan e-Coaching berasaskan aplikasi Google Classroom dan Aplikasi Digital (Go-CLAD) dalam melaksanakan intervensi Kepimpinan Sekolah Berimpak Tinggi (HILL – High Impact School Leaders). Pendekatan ini diharapkan berupaya meningkatkan kompetensi kepimpinan di sekolah menerusi peningkatan intensiti, kecekapan dan keberkesanan SIPartners+ dalam memberi bimbingan kepada kepimpinan di sekolah. Pembentangan ini turut mencadangkan beberapa penambahbaikan hasil daripada dapatan dan pemerhatian yang dibuat. BACAAN LANJUT.

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com