Pendekatan FUEL Dalam Melaksanakan Coaching dan Pementoran.

PENDAHULUAN

School Improvement Partners Plus (SIP+) kini semakin matang mengikut usia sejak jawatan ini diwujudkan pada awal Tahun 2014. Dengan kursus asas Coaching and Mentoring yang diberi oleh pihak Institut Aminuddin Baki pada awal penubuhan jawatan, tercampaklah para pegawai SIP+ ke dalam lombong bimbingan profesional kepimpinan pendidikan daerah masing-masing.  Ramai yang senyum menghitung hari persaraan namun masih ramai yang masih muda dan gagah untuk mendepani dunia bimbingan pemimpin sekolah kini. 

Model atau teknik bimbingan ‘GROW’ sangat popular sebagai asas bimbingan dalam pendidikan. Namun dengan mempelbagaikan teknik bimbingan baharu juga sesuatu yang menjadikan kita pembimbing atau SIP+ yang positif dan berinspirasi untuk terus melangkah ke hadapan.

 

TEORI COACHING (BIMBINGAN)

Coaching memberi definisi satu hubungan yang kuat dan bermakna yang membantu Coachee berfikir-melalui penyelesaian mereka sendiri dalam tempoh masa tertentu melalui powerful questions & pemikiran yang ‘way forward’. Hubungan ini unik kerana ia digerakkan oleh orang yang dibimbing (coachee). Dia memutuskan apa yang perlu dibincangkan, mereka menghasilkan penyelesaian mereka sendiri, komited untuk merancang, bertindak, melaksana dan menunjukkan keputusan dan akauntabiliti.

Jadi, jika Coachee melakukan semua kerja? Apakah yang dilakukan oleh Coach?

Coach membantu Coachee untuk mempunyai struktur pemikiran yang lebih baik melalui powerful questions. Coach perlu mendengar secara aktif, memberi cadangan dengan keizinan dan sesekali komunikasi secara langsung. Proses begini akan dapat membantu coachee sedar dan jelas sebelum membuat sesuatu pilihan yang tepat dalam mengambil tindakan bagi mendapatkan hasil atau impak.

 

COACHING MENGGUNAKAN TEKNIK MODEL FUEL

Apakah perkara pertama yang anda terfikir bila mendengar perkataan ‘FUEL’ atau ‘bahan bakar’?  Minyak yang akan melajukan kereta anda di lebuh raya? Bahan bakar yang menjadi pemangkin ke arah kemajuan dan pencapaian.  FUEL ialah satu kaedah bimbingan yang digunakan untuk membantu orang lain merealisasikan matlamat peribadi atau profesional. Pada mulanya dikembangkan oleh John Zenger dan Kathleen Stinnett dalam bukunya, The Extraordinary Coach: How the Best Leaders Help Others Grow,

Apakah Kaedah Coaching FUEL? FUEL ialah akronim berguna yang membantu kita mengingati setiap langkah dalam kaedah ini. 

 

FRAME THE CONVERSATION (Membingkai perbualan/ Menetapkan matlamat) 

Bimbingan menentukan bagaimana perbualan harus diteruskan, bersetuju dengan tujuan serta matlamatnya.  Contohnya,  Coach mungkin bertanya soalan, '' Apakah yang ingin kita capai dalam perbualan ini? '' atau 'Apakah yang harus menjadi tumpuan dalam perbualan ini?' ' FRAME   bermaksud: 

Focus on each interaction. (Fokus pada setiap interaksi)

React in a non-judgmental manner. (Bertindak balas secara tidak adil)

Ask though-provoking and open-ended questions. (Tanya soalan-soalan yang merangsang dan terbuka.)

Monitor progress.(Pantau kemajuan)

Encourage continued growth and development. (Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan yang berterusan.) 

 

UNDERSTAND THE CURRENT STATE. (Memahami keadaan semasa) 

“U” pada FUEL bermaksud memahami keadaan semasa. Ini bermakna bahawa Coach dan Coachee berbincang tentang realiti semasa dan membantu mereka mengembangkan lagi perspektif peningkatan di sekolah. Pandangan Coachee sangat perlu diutamakan dalam sesi bimbingan ini. Semasa peringkat ini, Coach mungkin berkongsi persepsi mereka selepas mendengar dengan teliti. Maksud lain dalam U ini juga, memahami dengan jelas keperluan pelanggan, keinginan, dan sudut pandang.   Bila Coach menggunakan teknik wawancara dan pendengaran aktif untuk benar-benar memahami keadaan semasa Coachee, awas kerana mungkin keupayaan Coach untuk memahami masa kini dan memaksimumkan keberhasilan di masa hadapan akan terancam. 

 

EXPLORE THE DESIRED STATE. (Menerokai situasi semasa, matlamat dan pilihan) Bahagian ini akan membantu Coachee menghubungkait situasi semasa dan mengenalpasti matlamat yang telah dibingkaikan dan menjana pelbagai pilihan dalam mencapai matlamat. Masa menerokai menggunakan Model 5W1H (What, When, Where, Who, Why & How) harus dapat membantu klien menyuarakan visi dan menganalisis pelbagai laluan menuju kepada keberhasilan yang diinginkan. Satu yang menyeronokkan dalam menerokai sesuatu visi yang diidamkan akan membuat Coachee menjelajahi dan menganalisis pelbagai data yang releven bagi menerokai intervensi yang bakal dilaksanakan. 

 

LAYOUT A SUCCESS PLAN, (Susun atur pelan tindakan dan FUFT)        Fasa ini ialah bahagian di mana Coach membantu Coachee membuat, atau menyusun atur pelan tindakan untuk berjaya. Dalam bahagian ini, Coach boleh membantu menentukan pelan tindakan yang betul dan menetapkan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil yang diinginkan. Coachee memilih pencapaian khusus, menentukan cara untuk mengukur kejayaan, dan menyediakan akauntabiliti kepada diri dan organisasinya. 

 

RUMUSAN 

Model FUEL boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Walaupun ia banyak dipelopori oleh sukan dan kemudian perniagaan namun kebijaksanaan kita sebagai Coach akan menjadikan coaching pelbagai model ini menarik dan memberikan inspirasi.

“Aku tidak boleh mengajar Sesiapa apa-apa pun, aku hanya mampu membuat mereka berfikir” - Socrates

 

Penulisan berdasarkan buku The Extraordinary Coach: How the Best Leaders Help Others Grow: How the Best. (John H. Zenger & Kathleen Stinnett)

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com