Peranan Rakan Peningkatan Sekolah Dalam Membina Pemimpin Sekolah Berinovasi

Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartners+) Johor amat bertuah menerima input yang amat berharga daripada En. Mohd Said bin Daimon, Pegawai PPD Daerah Batu Pahat yang juga mantan SIPartners+ Johor. Sesi Bual Bicara Profesional telah diadakan pada 18 September 2017 bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat yang dihadiri oleh SIPartners+ Johor. Turut diraikan pada majlis berkenaan ialah rakan-rakan SIPartners+ yang telah dan akan bersara pada tahun 2017 iaitu EN. TOH CHENG HWA, Pn. HJH. RUKIAH BINTI AL HAJI ABDUL RAZAK, PN. HJH. KAMSIAH BINTI ABDUL WAHAB dan terkini PN. HJH. FOUZIAH BINTI ABU HAMID. 

Berikut ditipkan sebahagian ucapan dan En Mohd Said bin Daimon; 

1) Perkhidmatan pendidikan ialah antara sektor yang mengalami perubahan drastik dan berterusan. Usaha peningkatan kualiti dalam pengurusan pendidikan berterusan dari semasa ke semasa, malah yang melibatkan sokongan dalam pengurusan pendidikan, terutamanya dalam Pengurusan Aduan dan Maklum balas pelanggan. Ini merupakan agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melihat aspek perkhidmatan berkualiti dalam pendidikan hanya akan sempurna dengan mengambil kira interaksi kita dengan pelanggan dan keupayaan kita menyempurnakan permintaan mereka tepat pada waktunya atau lebih pantas dari waktu yang dijanjikan. 

2) Justeru bagi mengelakkan tafsiran negatif orang ramai terhadap institusi pendidikan maka sewajarnya satu pasukan penjawat awam pelajaran berketrampilan melalui amalan-amalan terbaik, nilai-nilai murni dan etika kerja yang mulia perlu dimantapkan pada setiap organisasi. 

3) Hasrat akhir PPPM adalah untuk memastikan pendidikan di negara ini mampu menjamin kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Bagi memastikan hasrat melahirkan murid bertaraf global atau kemenajdaian murid, pengetua dan guru bear selaku pemimpin pembelajaran mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meastikan pembelajaran guru di bilik darjah berada pada tahap yang mantap sama ada dari segai penguasaan Dokumen Standard, Pentaksiran dan Pedagogi. 

4) Bagi memenuhi aspirasi sekolah yang berkualiti pula sekali lagi Pengetua dan guru besar mempunyai akaunatbiiti dalam memastikan persekitaran dan Pembelajaran Bermakna dapat dijelmakan di sekolah. Untuk menggalas tanggungjawab ini Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan amalan kepimpinannya yang berkesan, guru-guru dibawah seliaannya berada pada tahap kualiti di samping berusaha mendapat sokongan yang padu daripada PIBG dan komuniti. 

5) Ketiga-tiga komponen ini iaitu kepimpinan yang berkesan, guru yang berkualiti dan penglibatan  padu komuniti ada elemen-elemen utama yang memberi impak terhadap wujudnya persekitaran, Pengajaran dan Pembelajaran yang bermakna di sekolah. 

6) Selaras dengan perkembangan Pendidikan Abad ke 21, KPM telah menyediakan satu kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 sebagai garis panduan kepada sekolah-sekolah agar dapat bergerak seiring dan sedarap dengan perkembangan pendidikan mutakhir. Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 antara lian memberi penekanan terhadap LIMA STANDARD ASAS PAK-21, iaitu komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis, nilai murni dan etika. 

7) Dalam cabaran untuk memacu pendidikan hari ini, suatu perubahan dalam kepimpinan dan pengurusan yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicernakan. Oleh itu Pengetua dan Guru Besar perlulah berjiwa besar dan berani ke arah menjadi pemimpin yang inovatif dan kreatif. Pemimpin pendidikan kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. 

8) Pemimpin perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kepimpinan dan pengurusan. Kaedah konvensional sudah tidak relevan lagi buat masa kini. Hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja Pengetua dan Guru Besar yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi boleh dilakukan dalam dalam  Sistem & Prosedur, Kaedah & Cara Bekerja,  Teknologi dan  Produk. Dalam konteks ini inovasi dan kreativiti Pengetua dan Guru Besar adalah pemangin dan penggerak kepada hala tuju sekolah. En Mohd Said turut berkongsi amalan terbaik dan Inovasi PPD Batu Pahat ;

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com