Penandaarasan Sebagai Strategi Penambahbaikan Berterusan di Sekolah: Konsep dan Rasional

 

Penandaarasan merupakan kaedah yang telah digunakan sekian lama oleh individu, kumpulan mahupun organisasi untuk tujuan penambahbaikan prestasi masing-masing. Sejak dahulu lagi kemajuan telah dapat dicapai menerusi proses penandaarasan ini di mana penelitian dibuat ke atas pihak yang lebih maju dan idea-idea dipinjam, diubahsuai dan dilaksanakan di organisasi sendiri. Dalam tahun 70'an pihak pengurusan memberi tumpuan kepada proses penambahbaikan secara berterusan dan ini mencetus kesedaran bahawa kecemerlangan sesuatu output itu banyak bergantung kepada proses-proses yang terlibat dalam penghasilannya. 

Continue Reading

Print Email

Kod Etika SIPartners+ (Disesuaikan dari Kod Etika ICF) 

 

Bahagian Satu: Falsafah Coaching SIPARTNERS+ 

Pegawai SIPartners+ berpegang teguh kepada bentuk coaching yang memberi penghormatan kepada kepimpinan sekolah (orang dicoach / ODC) sebagai pakar dalam kehidupan dan kerja mereka dan percaya bahawa setiap ODC adalah kreatif, pintar akal, dan menguasai banyak perkara. Berdiri di atas asas ini, tanggungjawab coach adalah untuk: 

1) Meneroka, menjelas, dan menjajar dengan apa yang ODC mahu capai; 

2) Menggalakkan penemuan sendiri oleh ODC; 

3) Membangkitkan supaya ODC untuk menghasilkan strategi dan penyelesaian; 

4) Mempertahankan tanggungjawab dan kebertanggungjawaban ODC; 

Continue Reading

Print Email

Kepimpinan Lima Tahap dan Realitinya di Sekolah

 

Penulisan ini dibuat berdasarkan buku “The Five Levels Of Leadership” yang di tulis oleh John Maxwell. John Maxwell telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai  Lima Tahap Kematangan Kepimpinan, bermula dari kepimpinan berasaskan kepada kedudukan (Tahap 1) hingga pemimpin tersebut dapat dibangunkan menjadi seorang pemimpin berasaskan penghormatan (Tahap 5). Dalam buku tersebut Maxwell menjelaskan mengapa setiap organisasi memerlukan lebih banyak pemimpin Tahap 5 dan bagaimana setiap individu boleh dibantu untuk sampai ke tahap tersebut. 

Continue Reading

Print Email

Anjakan Minda Pemimpin Abad Ke-21 (Bahagian 2)

Kuasa Yang Berunsurkan Kebolehan Yang Perlu Ada Kepada Pemimpin Abad Ke-21 

 

1. Mentaliti 

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.

Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.  

Continue Reading

Print Email

Anjakan Minda Pemimpin Abad Ke-21

8 CARA BERFIKIR YANG PERLU DIUBAH 

Susunan;

MOHSIN BIN IBRAHIM

Pegawai SIP+ PPD Batu Pahat 

 

Pemimpin pendidikan terutama di sekolah seperti Pengetua dan Guru Besar di zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift) untuk  kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin. 

Sekurang-kurangnya 8 aspek yang berkaitan dengan cara berfikir perlu diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja yang tahu dan betul, orang lain tidak tahu, sentiasa salah dan mesti mengikut kehendaknya telah berlalu dan tidak relevan lagi. 

Berikut disarankan 8 perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh pemimpin pendidikan abad ke-21. 

Continue Reading

Print Email

More Articles ...

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com