Kemahiran PAK-21

 

  KERANGKA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 

Profesion perguruan bertanggungjawab dalam memastikan dasar dan sistem pendidikan berupaya untuk merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan kemahiran baru seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal . 

Bagi mencapai dan merealisasikan hasrat ini, KPM telah membangunkan satu gagasan pendidikan atau Blueprint mengenai hala tuju pendidikan negara sehingga tahun 2025, yang dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). PPPM memberi penekankan terhadap mentransformasi pendidikan negara dengan menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid, yang ditunjangi oleh sebelas anjakan utama.  

Antara anjakan yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti kesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Kesemua aspirasi tersebut dan sebelas anjakan yang dihasratkan akan dilaksanakan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3. 

Melalui PPPM kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia, tidak kira di mana kedudukan geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio ekonominya akan diberi keutamaan. Kualiti pendidikan yang diterima dan yang akan dibangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang berkesan untuk mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Justeru itu dalam PPM ini fokus juga terarah kepada usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran sekolah dengan memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. 

Kemahiran Pembelajaran PAK21 secara tidak langsung telah diberi perhatian oleh KPM bagi mencapai tujuan PPPM ke arah melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam  dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian.  

Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah. 

Kemahiran-kemahiran PAK21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah seperti jadual berikut :-

 

No

Jenis Kemahiran

Huraian

1.

Komunikasi

Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan

2.

Kepekaan Silang  Budaya

Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya

3.

Pelbagai Bahasa

Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa

4.

Kemahiran Mengurus

Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik

5.

Kerja Berpasukan

Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat

6.

Kreativiti

Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah

7.

Keupayaan Untuk Menyesuaikan Diri

Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan

8.

Empati

Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka

9.

Pengurusan  Stress (Relaxation)

Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress

10.

Etika Kerja

Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi

11.

Disiplin Diri

Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi

12.

Tanggungjawab

Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi

13.

Pemikiran Diskriminatif

Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza

14.

Kemahiran Tatabahasa

Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik

15.

Kemahiran Analitikal

Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak

16.

Ekonomi & Perniagaan

Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan

17.

Kemahiran Matematik

Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan

18.

Kemahiran Komputer

Keupayaan untuk menggunakan computer dalam perkhidmatan kaunseling

19.

Telekomunikasi

Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling

 

Selain itu  juga, elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 adalah kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi, literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi, keupayaan menyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti dan akauntibiliti serta bertanggungjawab.  

Elemen-elemen ini telah lama wujud secara semula jadi bagi setiap individu, namun, kemahiran tersebut memerlukan peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya. Kemahiran-kemahiran ini adalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk membentuk perihal yang lebih sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan pelajar dalam dunia siber yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), nilai-nilai positif seharusnya ditekankan bagi menerapkan kesedaran di kalangan mereka. 

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT, berbanding dahulu di mana literasi Cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira, manakala di abad 21 ini melibatkan literasi digital. Guru-guru memainkan peranan dalam membimbing pelajar-pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga dapat memberi kesedaran secara global kepada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.  

Dalam mencetuskan PAK21, ‘softskill’ amat diperlukan untuk memudahkan mereka berkomunikasi dalam perbincangan yang menggalakkan mereka berinteraksi sesama mereka. Komunikasi interaktif bukan sahaja berlaku secara bersemuka (face to face) pada hari ini, bahkan komunikasi tersebut berlanjutan sehingga ke alam maya seperti dalam facebook , Twitter dan seumpamanya.Di samping itu, dengan adanya gabungan kemahiran-kemahiran di atas juga dapat menyatukan masyarakat majmuk di negara kita, seterusnya dapat mewujudkan gagasan 1 Malaysia yang berilmu dan bermatlamat yang futuristik.  

Kita sememangnya tidak dapat merealisasikan sesebuah sistem pendidikan yang ideal tanpa tunggak utama barisan pendidik. Bagi mencapai hasrat negara membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru itu perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menjadikan mereka relevan dan sesuai dengan arus perubahan yang berlaku.  

Selain itu, guru juga perlulah mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan semasa, mahir dalam pedagogi seperti menggunakan teori konstruktivisme dan tidak terlalu bergantung kepada guru (teacher centered). Guru juga mestilah melengkapkan diri dengan persediaan yang terkini dalam penggunaan teknologi terkini dan penerapan nilai-nilai murni (akhlak) mestilah diteruskan tidak kira di mana atau bila situasinya.

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com