Standard 1: Kepimpinan
STANDARD 1 : KEPEMIMPINAN
PENYATAAN STANDARD
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti PdP.
ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL
ASPEK |
KRITERIA KRITIKAL |
ASPEK 1.1: PGB Sebagai Peneraju |
PGB bertindak sebagai peneraju dalam semua aspek pengurusan dan pendidikan di sekolah untuk memastikan matlamat dan objektif yang ditetapkan tercapai. |
ASPEK 1.2: PGB Sebagai Pembimbing |
PGB bertindak sebagai pembimbing untuk meningkatkan kecekapan individu dan kualiti pengurusan sekolah. |
ASPEK 1.3: PGB Sebagai Pendorong |
PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti. |
ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL DAN
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)
BIL |
STANDARD KUALITI (STAK) |
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) |
1.1.1 |
PGB menetapkan hala tuju sekolah secara terancang. |
Membuat analisis, menentukan sasaran, mendokumen dan menyebarluaskan hala tuju secara menyeluruh, mengambil kira keperluan sekolah, secara jelas dan kolektif. |
1.1.2 |
PGB mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah secara terancang. |
Mengetuai penyediaan garis panduan/format perancangan strategik, merangka strategi pencapaian sasaran, memantau dan menyiapkan dokumen perancangan strategik dengan mekanisme yang sesuai, mengikut ketetapan hala tuju, keperluan sekolah dan secara komprehensif. |
1.1.3 |
PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang. |
Mengetuai pelaksanaan pemantauan, menyediakan rumusan dan mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan. |
1.1.4 |
PGB menerajui aktiviti instruksional secara berkesan. |
Melaksanakan PdP, menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH), menaksir tahap penguasaan murid dan menyemak hasil kerja murid mengikut arahan yang berkuat kuasa, mematuhi jadual, secara tekal dan menyeluruh. |
1.1.5 |
PGB menerajui aktiviti instruksional secara berkesan. |
Mengetuai pelaksanaan pencerapan PdP, memberi maklum balas dan bimbingan serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, mematuhi perancangan, secara menyeluruh dan berterusan. |
1.1.6 |
PGB menerajui aktiviti instruksional secara berkesan. |
Mengetuai pemantauan kemajuan dan pencapaian murid dengan menganalisis pencapaian murid, menyediakan rumusan dan mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan. |
1.1.7 |
PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan sistematik. |
Mengenal pasti, mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah/isu pengoperasian sekolah dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, telus, kreatif dan inovatif. |
1.2.1 |
PGB memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang. |
Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru dan AKP mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa. |
1.2.2 |
PGB memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara profesional dan sistematik. |
Memberi panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada PK, GKMP (SM sahaja) dan KP mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa. |
1.3.1 |
PGB mendorong warga sekolah secara profesional. |
Mendorong warga sekolah dengan menjadi role model dalam melaksanakan tugas, penampilan diri, sebagai pakar rujuk dan cara berkomunikasi secara tekal, bersungguh-sungguh dan menyeluruh. |
1.3.2 |
PGB menggalakkan warga sekolah memberi input secara terancang. |
Mendengar, menerima dan mengambil tindakan terhadap pandangan warga sekolah berkaitan pemajuan sekolah dengan sikap terbuka, secara tekal, menyeluruh dan mengikut keperluan atau kesesuaian. |
1.3.3 |
PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang. |
Memberi motivasi, sokongan dan galakan kepada warga sekolah dengan memberi penghargaan, maklum balas positif, menyediakan keperluan dan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah secara tekal, menyeluruh dan mengikut keperluan. |
CARA PENSKORAN DALAM TINDAKAN DAN KUALITI
Tahap Tindakan |
|
4 |
PGB menetapkan hala tuju sekolah dengan: i. Membuat analisis SWOT/analisis lain yang bersesuaian ii. Menentukan sasaran / Petunjuk Prestasi Utama iii. Mendokumenkan hala tuju yang ditetapkan iv. Menyebar luaskan hala tuju yang ditetapkan. |
3 |
PGB menetapkan hala tuju sekolah bagi mana-mana tiga(3) perkara di atas. |
2 |
PGB menetapkan hala tuju sekolah bagi mana-mana dua (2) perkara di atas. |
1 |
PGB menetapkan hala tuju sekolah bagi mana-mana satu (1) perkara diatas. |
0 |
PGB tidak menetapkan hala tuju sekolah. |
Tahap Kualiti |
|
4 |
Tindakan dilaksana i. Secara menyeluruh meliputi semua warga sekolah /bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid ii. Dengan mengambil kira keperluan sekolah (latar belakang murid, sumber dan kemudahan sekolah, perkembangan pendidikan semasa)/kesesuaian iii. Secara jelas / kolektif |
3 |
Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira perkara (i) dan (ii) atau perkara (i) dan (iii). |
2 |
Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira perkara (ii) dan (iii). |
1 |
Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira mana-mana satu (1) perkara di atas. |
0 |
Tidak mengambil kira mana-mana perkara di atas. |
CONTOH PENGIRAAN SKOR
TINDAKAN |
TAHAP TINDAKAN |
TAHAP KUALITI (SKOR) |
(Tandakan ‘1 ‘ bagi bidang yang telah diambil tindakan dan ‘0‘ bagi bidang yang belum diambil tindakan) |
(Rujuk Rubrik Tahap Kualiti di atas) |
|
i. membuat analisis SWOT/analisis lain yang bersesuaian |
1 |
3 |
ii. menentukan sasaran/Petunjuk Prestasi Utama |
1 |
2 |
iii. mendokumenkan hala tuju yang ditetapkan |
0 |
0 |
iv. menyebarluaskan hala tuju yang ditetapkan |
0 |
0 |
Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti |
2 |
5 |
Min Skor Tahap Tindakan/Min Skor Tahap Kualiti |
2÷4 = 0.5 |
5÷4 = 1.25 |
Peratus Skor Tahap Tindakan/Peratus Skor Tahap Kualiti |
0.5 x 100% = 50% |
(5÷16) x 100% = 31.25% |
Peratus Aspek 1.1.1 (Min) |
(50 + 31.25)% ÷ 2 = 40.63% |
P/S : Jumlah skor Tahan Tindakan ialah 4
Jumlah skor Tahap Kualiti ialah 4 x 4 = 16