SKPMg2: Pengurusan Organisasi

STANDARD 2:  PENGURUSAN ORGANISASI

 

PENYATAAN STANDARD

 

Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.

 

ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL 

 

ASPEK

KRITERIA KRITIKAL

Aspek 2.1:

Pengurusan Sumber Manusia

Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja, kepuasan dan keseronokan bekerja serta amalan profesionalisme.

Aspek 2.2:

Pengurusan Aset

Aset kerajaan diurus untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan warga sekolah.

Aspek 2.3:

Pengurusan Kewangan

Kewangan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.

Aspek 2.4:

Pengurusan  Sumber Pendidikan

Sumber pendidikan diurus bagi menyokong peningkatan kualiti pendidikan.

Aspek 2.5:

Iklim

Persekitaran dan suasana diurus supaya kondusif bagi kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Aspek 2.6:

Pengurusan Perpaduan

Pemahaman, penerimaan dan penghayatan terhadap kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia diurus untuk memupuk perpaduan.

Aspek 2.7:

Permuafakatan Strategik

Permuafakatan strategik diwujudkan untuk menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan.

  

STANDARD KUALITI DAN TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD 

 

BIL

STANDARD KUALITI (STAK)

TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)

2.1.1

 

Sumber manusia diurus secara terancang.

 

Mengagih, menyedia dan menyebarluaskan perincian tugas serta menilai prestasi kerja dengan mematuhi arahan, mengikut keperluan, secara menyeluruh, seimbang dan objektif.

2.1.2

Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang. 

Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan, mengambil kira perkembangan pendidikan/perkhidmatan semasa, secara menyeluruh dan berterusan.

2.2.1

Aset alih dan aset tak alih diurus secara terancang.

Menyedia, mengguna, menyelenggara aset alih dan aset tak alih, merekod dan mengambil tindakan susulan hasil pemeriksaan mengikut prosedur yang ditetapkan, berdasarkan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.3.1

Kewangan diurus secara terancang.

Menyediakan anggaran perbelanjaan, melaksanakan perbelanjaan dan mengambil tindakan susulan hasil pemantauan perbelanjaan dengan mematuhi peraturan, mengikut keperluan dan secara menyeluruh.

2.4.1

Sumber pendidikan diurus secara terancang.

Menyedia, menyimpan, mengguna, merekod dan melaksanakan penyeliaan penggunaan sumber pendidikan mengikut ketetapan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

2.5.1

Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.

 

Membersih, menceria dan memulihkan kawasan persekitaran fizikal serta mewujudkan ciri-ciri keselamatan dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi prosedur, mengikut keperluan dan secara berterusan.

 

2.5.2

Suasana yang selesa dan harmoni diwujudkan secara terancang.

Menguatkuasakan peraturan sekolah, merancang dan melaksanakan program peningkatan keakraban dengan mekanisme yang sesuai, secara tekal, menyeluruh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

2.6.1

Pemahaman, penerimaan dan penghayatan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus secara terancang.

Menyebarluaskan maklumat, merancang dan  melaksanakan program yang berteraskan kepelbagaian masyarakat Malaysia dengan mekanisme yang sesuai, mengikut kesesuaian, secara  menyeluruh dan berterusan.

2.7.1

Permuafakatan strategik diusahakan secara terancang.

Merancang dan melaksanakan program yang melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta, mendapatkan sumbangan serta mewujudkan rangkaian komuniti dengan mekanisme yang sesuai, mengikut keperluan, secara kreatif dan inovatif, menyeluruh dan berterusan.

 

 

 

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com