Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum
STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID
PENYATAAN STANDARD
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah
ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL
ASPEK |
KRITERIA KRITIKAL |
ASPEK 3.1.1: Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum |
Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kurikulum kebangsaan. |
ASPEK 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran |
Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan. |
ASPEK 3.1.3: Pengurusan Masa Instruksional |
Masa instruksional diurus untuk memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan. |
ASPEK 3.1.4: Pengurusan Penilaian Murid |
Penilaian murid diurus untuk mengesan kemajuan penguasaan dan pencapaian murid. |
STANDARD KUALITI DAN TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
BIL |
STANDARD KUALITI (STAK) |
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) |
3.1.1.1 |
Ketetapan pelaksanaan kurikulum dibuat secara sistematik. |
Membuat ketetapan berkaitan pengurusan mata pelajaran dengan mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa. |
3.1.2.1 |
Keperluan pelaksanaan mata pelajaran diurus secara sistematik. |
Mengurus keperluan pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen terkini, menyelaras penyediaan RPT dan RPH, pentaksiran, tugasan dan latihan, menganalisis dan memanfaatkan data dan maklumat pentaksiran dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum dan secara menyeluruh. |
3.1.2.2 |
Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang. |
Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada keperluan guru, perkembangan pendidikan semasa dan secara berterusan. |
3.1.2.3 |
Program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang. |
Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada isu pembelajaran, mengambil kira tahap keupayaan murid, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.1.2.4 |
Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara optimum. |
Merancang dan melaksanakan pembelian, merekod dan menggunakan inventori/bahan habis guna berkaitan mata pelajaran mengikut prosedur yang ditetapkan, berdasarkan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.1.3.1 |
Masa pelaksanaan PdP diurus secara terancang. |
Menyediakan pelbagai jadual waktu, melaksanakan PdP seperti yang dijadualkan, menyusun semula jadual waktu dan menyelaras program sekolah mengikut ketetapan, keperluan dan menyeluru. |
3.1.4.1 |
Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang. |
Merancang, menyelaras dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |