Standard 3.2: Pengurusan Kokurikulum
STANDARD 3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM
PENYATAAN STANDARD
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah
ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL
ASPEK |
KRITERIA KRITIKAL |
ASPEK 3.2.1: Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum |
Ketetapan dibuat untuk memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum. |
ASPEK 3.2.2: Pengurusan Kelab/ Persatuan |
Kelab/persatuan diurus untuk mengukuhkan pembelajaran di bilik darjah, mengembangkan potensi dan memupuk nilai estetika dan sosial yang positif. |
ASPEK 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform |
Badan beruniform diurus untuk meningkatkan disiplin dan daya kepimpinan bagi pemantapan pembangunan perwatakan murid. |
ASPEK 3.2.4: Pengurusan Sukan/Permainan |
Sukan/permainan diurus untuk mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan memupuk nilai estetika dan sosial yang positif. |
ASPEK 3.2.5: Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum |
Program kecemerlangan kokurikulum diurus untuk mengoptimumkan bakat dan potensi murid. |
ASPEK 3.2.6: Pengurusan Sukan Untuk Semua |
Sukan Untuk Semua diurus untuk memupuk budaya bersukan dan amalan gaya hidup sihat, cergas serta berdaya saing dalam kalangan murid. |
Aspek 3.2.7: Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum |
Pentaksiran kokurikulum diurus untuk mengesan pencapaian murid. |
STANDARD KUALITI DAN
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
BIL |
STANDARD KUALITI (STAK) |
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) |
3.2.1.1 |
Ketetapan pelaksanaan kokurikulum dibuat secara sistematik. |
Membuat ketetapan berkaitan pelaksanaan kokurikulum dengan mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa. |
3.2.2.1 |
Kelab/Persatuan diurus secara sistematik dan terancang.
|
Merancang dan melaksanakan aktiviti kelab/persatuan yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi, merekod, menganalisis dan memanfaatkan data dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.2.3.1 |
Badan beruniform diurus secara sistematik dan terancang.
|
Merancang dan melaksanakan aktiviti badan beruniform yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi, merekod, menganalisis dan memanfaatkan data dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.2.4.1 |
Sukan/permainan diurus secara sistematik dan terancang.
|
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan/permainan yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi, merekod, menganalisis dan memanfaatkan data dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.2.5.1 |
Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang. |
Merancang dan melaksanakan latihan dan program kecemerlangan kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan mengikut keperluan, secara kreatif dan inovatif, menyeluruh dan berterusan. |
3.2.6.1 |
Aktiviti Sukan Untuk Semua diurus secara sistematik dan terancang. |
Merancang dan melaksanakan aktiviti Sukan Untuk Semua yang merangkumi kejohanan merentas desa, kejohanan tahunan olahraga sekolah dan pertandingan sukan/permainan dengan mematuhi ketetapan kokurikulum, mengikut keperluan, secara kreatif dan inovatif serta menyeluruh. |
3.2.7.1 |
Pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang. |
Merancang dan melaksanakan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat kokurikulum serta mengambil tindakan susulan mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |