Standard 3.3: Pengurusan Hal Ehwal Murid
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PENYATAAN STANDARD
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah.
ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL
ASPEK |
KRITERIA KRITIKAL |
Aspek 3.3.1: Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid |
Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan hal ehwal murid. |
Aspek 3.3.2: Pengurusan Disiplin Murid |
Disiplin murid diurus untuk pembangunan sahsiah murid. |
Aspek 3.3.3: Pengurusan Keselamatan Murid |
Keselamatan murid diurus untuk memastikan murid selamat dan memupuk amalan keselamatan dalam kalangan murid. |
Aspek 3.3.4: Pengurusan Kesihatan Murid |
Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. |
Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid |
Bantuan pelajaran murid diurus untuk membantu memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosi. |
Aspek 3.3.6: Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling |
Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus untuk pembangunan sahsiah, psikososial, kesejahteraan mental dan kerjaya murid. |
STANDARD KUALITI DAN TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
BIL |
STANDARD KUALITI (STAK) |
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS) |
3.3.1.1 |
Ketetapan pelaksanaan hal ehwal murid dibuat secara sistematik. |
Membuat ketetapan berkaitan pelaksanaan hal ehwal murid dengan mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa. |
3.3.2.1 |
Disiplin murid diurus secara berkesan. |
Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan sekolah, menganalisis dan memanfaatkan data disiplin serta merancang dan melaksanakan program pendidikan disiplin dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara jelas dan berterusan. |
3.3.3.1 |
Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang. |
Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan dan prosedur operasi standard keselamatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran keselamatan dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, mengikut keperluan sekolah, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.3.4.1 |
Program dan Perkhidmatan Kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang. |
Menyelaras pemeriksaan kesihatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran kesihatan dan mewujudkan persekitaran yang bermaklumat dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.3.5.1 |
Bantuan pelajaran murid diurus secara sistematik. |
Mengurus bantuan pelajaran dengan mengenal pasti murid yang layak, menyelaras proses bantuan, merekodkan maklumat dan memantau prestasi murid dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, mengikut keperluan murid dan secara berterusan. |
3.3.6.1 |
Perkhidmatan bimbingan/ kaunseling diurus secara terancang. |
Merancang dan melaksanakan sesi dan program bimbingan/ kaunseling dengan mekanisme yang sesuai, mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |
3.3.6.2 |
Pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang. |
Merancang dan melaksanakan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan. |