• Home
  • SKPMg2
  • Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan

STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

 

PENYATAAN STANDARD

 

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

 

ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL

 

ASPEK

KRITERIA KRITIKAL

ASPEK 4.1:

Guru Sebagai Perancang

Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

ASPEK 4.2: 

Guru Sebagai Pengawal

Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.

ASPEK 4.3

Guru Sebagai Pembimbing

Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan  murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.

ASPEK 4.4 

Guru Sebagai Pendorong

Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.

ASPEK 4.5:

Guru Sebagai Penilai

Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.

ASPEK 4.6:

Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif.

 

 

 

 

 

STANDARD KUALITI DAN

TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD

 

 

BIL

STANDARD KUALITI (STAK)

TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)

4.1.1

Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik.

 

Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik/ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa.

4.2.1

Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang.

 

Mengelola isi pelajaran pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam PdP.

4.2.2

Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang.

 

Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

4.3.1

Guru membimbing murid secara profesional dan terancang.

Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan menggabung isi pelajaran dengan kemahiran/mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat, secara berhemah dan bersungguh-sungguh.

 

 

 

 

 

BIL

STANDARD KUALITI (STAK)

TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD (TUMS)

4.4.1

Guru mendorong  minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang.

Merangsang  murid  berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.

4.4.2

Guru mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang.

Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.

4.5.1

Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.

Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta  menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif  pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.

4.6.1

Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan.

 

Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah.

 

 

Print Email

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com